Tuesday 23 April 2013

1. Baru berjinak....Let's Bloom :)

Yey! akhirnya berjaya juga Che creat blog ni.  Biasa arr...benda-benda gini Che memang LAMPI ( Lambat Pick Up)  orang dah nun... berbatu-batu, Che baru buka langkah.  Tak apalah...Che akan mula pelan-pelan.

Banyak benda sebenarnya berligar di minda Che ni.  Macam-macam terutamanya pasal Kim Hyun Joong, Jang Geun Suk, Lee Min Ho, Running Man...Super Junior, pasal CNBLUE, pasal BIGBANG, ZE:A, PSY....pasal  City Hunter, Winter Sonata, Secret Garden.....( Kpop saja....hahahhaa)...eh..eh.. pasal Kimchi, pasal tteoboki, pasal Kimbab...pasal bulgogi, pasal buldak..eh..eh...ni pun semua menu Korea....Soul Tower, Nami Island, Jeju Island, Hwasang Fortress, Han River Cruise...dan banyak lagi... Che suka semua tempat-tempat menarik tu..HA...... kalau nak tahu, che memang peminat Korea.  Apa saja yang ada kaitan dengan Korea, Che suka, terutamanya Korea Selatan.  Che tahu pasal Nuklear Power Plant je di Korea Utara..hihhiii.

Anyway, di entry pertama ni, Che saja nak celoteh sikit-sikit pasal benda yang che suka. Dah nama blog kan, Che rasa macam nak tulis diari pulak. Sebenarnya banyak benda lain yang boleh Che tulis ni, termasuklah isu-isu dalam negara yang tercinta ini.   Sebagai seorang rakyat, Che kena peka dengan perkembangan semasa.  Tapi che tak minat politik.  Apa itu politik? Che tak tahu nak jawab..hihii.  Tapi, politik penting. Ada orang bagitahu che gitu.  entahlah.....Yang penting, rakyat Malaysia mesti dah maklum bahawa PRU Ke-13 sedang hangat diperkatakan, terutamanya bagi orang-orang yang berkepentinga iaitu ahli-politik.  Tambah-tambah pulak sekarang ni dalam tempoh berkempen, sejak dari hari Penamaan Calon pada 20hb yang lepas. Dah penuh pemandangan dengan bendera-bendera parti dan banner.  Pemandangan yang akan muncul setiap kali ada Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil di negara kita. Apa-apa pun,
moga PRU13 ini berlangsung dengan aman.

Wah....sedar- tak sedar, Che dah tulis satu perenggan berkenaan PRU13..hihihihii...dah-dah...Che nak rehat kejap.  Biar idea muncul di minda, Che akan sambung pula di entry yang berikutnya....

p/s (untuk diri sendiri) gi mana nak dapat followers yang ramai ni? hihihiiii

No comments:

Post a Comment